Thursday, October 20, 2011

middle october



DERMA DARAH

yeehhaaa.. akhirnya impian nk derma darah dah tercapai... dengan ini saya menyatakan bahawa misi n visi tahun 2011 telah tercapai..heheee
Kalau korg nk derma darah, pastikan korg makan 30minit sebelum derma, bukan tgh menstrual, berat badan lebih 50kg, tidur lebih dari 7jam..
Bile dah siap derma, berehat kl korg pening kepale.. kl rase sihat2 je, blh makan n pergi window shopping mcm aku dan didi buat.hahaaa.. Pergi tawaf mall, pastu balik pengsan! ;P



MANUSIA BERUBAH


Ini adalah kenyataan!! Setiap hari lepas subuh 5:15 am WIB or 6:15 am Msia, aku n didi (partner lepak, makan, shopping, keje, jogging) gi jogging atau lebih tepat morning walk setiap hari sejak 6 oktober 2011 !! mmg rase susah sgt nk percaya yg Nurul Wafa berjogging setiap hari.. ahhahahahhaha (gelak kat diri sdiri).. Oleh kerane itu, sy bangga dengan perubahan diri yang positif. Bile dh jog pagi2, mlm pn dahh tak insomnia..letak kepale terus lelap.. 9:00 pm WIB (waktu Indonesia Barat), mata dah ngantuk. Memang terbaik!!!!

Oleh yang demikian, saya ingin berterima kasih kepade DIDI sebab dah teman berjog dan berwalk! dan kepade Aiman sbb die mmg slalu jog smpai sy rase nk tiru die ;)




p/s: setiap hari byk aura positive, so dh tak fikir bende2 yg buat diri stress.. good bye negative! ;D


Friday, October 7, 2011

october !!

my beloved sisters

awesome cousins

Pejam celik pejam celik, dh october.. dh the end of the year.. walaupun October mungkin akan jd bulan yg bahagia, tp September tetap manis! Manis sbb lameeeeeeeeeee berkepit ngan family, berkali2 lepak dgn girlfriends & boyfriends.. Rindu sgt2 kat semua org.. skarang nk update blog pn makin malas, bile rumah plak takde internet lagi la bertambah2 malas. Nak membebel pn takde idea. Tadi bukak facebook, bace ni, so share kat cni okay!!

(link)


Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

Pertama : Niat.

Kedua : Menghilangkan najis pada badan.

Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.




p/s: sekarang org dh start gi Haji kn..teringin sgt2 nk g haji.. (byk2 doa dimurahkan rezeki)

Wednesday, September 21, 2011

Lamenye tak update..



kenape lame sgt2 tak update??

Sebab sy malas.. Sebab sy skrg kat rumah Kota Bharu Kelantan Malaysia!! Sebab banyak bende jadi sepanjang Syawal. Sebab sy sibuk dengan ahli keluarga. Sebab banyak dugaan menimpa diri. Sebab sy bukan kat Jogjakarta Indonesia. Sebab sy asyik berkepit dengan adik2 perempuan sy yang sangat awesome. Sebab sy asyik makan dan tido. Sebab sy jadi nurse sambilan untuk jaga nenek kat rumah sy. Sebab sy taktau ape yang sy nak sekarang. Sebab sy tengah confuse................................

Thursday, August 18, 2011

244: Ramadhan

Sepanjang Berpuasa di rumah ;)

Alhamdulillah, Hidup sangat bahagia sebab dapat puasa kat rumah ;)
Bangun pagi je senyum panjang, memang happy sesangat.
Rasanya Ramadhan kali ni antara Ramadhan yang paling best. Selain sebab setiap hari dpt sahur dan berbuka puasa dengan parents dan sisters, Ramadhan kali ni juga pertama kali dapat berbuka puasa dengan Chepah, Budin, Tik, Aiman, Payau, kawan aiman (Bul) , kawan budin (lupe name). Sepanjang lepas SPM, kiteorg memang tak pernah dapat berbuka puasa same2. Mesti ade je yg tak balik cuti. Bile balik Kelantan, dapat plak buka puasa dengan Nabil dan Sue. Setiap hari pun jadi saat bahagia.

Ape yang aku buat kat rumah setiap hari? hahaaaa.. berlatih jadi suri rumah.. hahahhaa..
Aktiviti yang aku sukee sgt buat kat rumah ni adalah:

- Lepak dengan mama dan ayah serta adik2 perempuan aku yg sgt2 awesome!
- Tiap2 hari, tiap2 petang tak pernah miss pergi pasar Ramadhan. Parents aku memang peminat pasar ramadhan. Ni belum aunty2, uncle2 dan cousins aku balik lagi, kl diorg dh balik Kelantan, memang hampir roboh meja makan sebab berat dengan makanan yang beli kat pasar Ramadhan.
- Solat terawih yang the best dan selesa!! Sekarang ni semua masjid pun dah ade aircond, solat terawih pn jadi menyenangkan!
- Jahit manik kat baju raya. Ni adalah aktiviti tahunan mama, aku dan adik2 girls. Tahun ni lagi best sebab first week puasa semua baju raye yg tempah dah siap. Oleh sebab itu, kite pun berduyun2 gi kedai manik, beli segala warne manik untuk dijahit supaya baju berkelip2. ;D
- Hias rumah sebab dah semangat nak Raya! Opss.. imam solat terawih cakap kite kene hias rumah untuk meraikan Ramadhan. Dah dengar tazkirah pendek tu, terus esoknya aku n camim pergi beli lampu kelip2 or oghe Kelate oyak Lapu Liklak :) Dan seperti biasa, pekerja2 ayah menjadi mangsa untuk gantung lampu2 tu kat luar rumah.
- Masak memasak untuk buke puasa dan sahur. Sukeeeeeeeeeeeee!!
- Hias bilik merah dengan rak buku, sebab aku dah bawak balik buku2 dental.


p/s: Hidup penuh warna-warni !! awesome!! ;)


Wednesday, August 3, 2011

243: Puasa dong!

Ramadhan VS Agustus

Bulan Ramadhan yang indah, bulan yang bakal dipenuhi dengan ketenangan. Met puasa!! Hati senang bangat!! Mudik Msia dong!! hihihii~

Beberapa hari lg udah bisa puasa bareng keluarga, sahur dan solat terawih di rumah. Oohhoooo senangnya!! Ketemu teman2 yang ngangenin, bisa buka bareng teman dekat.. whaaaaaaa bisa makan makanan yang enak2!!

Walaupun tahun 2011 bukan antar tahun yang menyenangkan, tapi kalo udah bisa pulang Malaysia, pasti semua yang jelek bisa jadi indah.


p/s: kok malas ya mau packing.. heheee..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...